Program PHD
AKAN DATANG
Program Master
AKAN DATANG
Program Degree
AKAN DATANG
Program Diploma
AKAN DATANG

Program Diploma Professional
PROFESSIONAL DIPLOMA IN QURANIC STUDIES ( PDQS )
(Diploma Profesional Pengajian Al-Quran)
Pengenalan Program
Professional Diploma in Quranic Studies ( PDQS ) merupakan program pengajian profesional yang direka khas untuk melahirkan individu yang mempunyai kefahaman mendalam terhadap ilmu-ilmu Al-Quran serta kemahiran praktikal dalam pengajaran, pembelajaran dan pembangunan pendidikan Al-Quran.
Program ini sesuai untuk guru Al-Quran, guru agama, imam, pegawai masjid, pendakwah, pelajar institusi pengajian tinggi serta masyarakat umum yang ingin meningkatkan kompetensi dan kelayakan profesional dalam bidang Pengajian Al-Quran.
Keistimewaan Program
- Pengajian secara Online dan Offline
- Pilihan kelas hujung minggu atau kelas malam
- Fleksibel untuk golongan bekerja
- Berorientasikan aplikasi dan amali
- Pensijilan Profesional bertaraf antarabangsa
- Pilihan pengajian lanjutan di Makkah Al-Mukarramah
- Bimbingan tenaga pengajar berpengalaman
Struktur Program Modul Akademik
6 Modul
| Setiap modul | 6 jam pembelajaran | Jumlah keseluruhan Modul : 36 jam |
| 1 Modul | 6 jam pembelajaran | |
| Projek Akademik | 12 Kredit | |
| Kertas Akhir (Final Paper) | 12 Kredit | |
| Jumlah Pembelajaran | jumlah keseluruhan pembelajaran : 60 jam |
Pilihan Pengajian
PILIHAN 1
Pengajian di Malaysia Sahaja
Pelajar akan mengikuti pengajian di Malaysia bagi semua modul yang ditawarkan.
Struktur Pelaksanaan 6 hari pembelajaran di Malaysia dan Setiap modul dilaksanakan selama 6 jam.Jumlah keseluruhan pembelajaran: 42 jam
Setelah tamat pengajian modul,projek akademik dan ujian akhir ( 60 jam ) peserta akan mengikuti :
Penilaian Pengajian Al-Quran Makkah Al-Mukarramah
Dilaksanakan secara dalam talian Tempoh penilaian: 2 jam
Dikendalikan oleh tenaga pengajar dan pentashih yang berkaitan dengan program Al-Quran Makkah Al-Mukarramah.
| YURAN | RM7,480 seorang |
PILIHAN 2
Pengajian Malaysia & Makkah Al-Mukarramah ( bersemuka )
Pilihan ini memberi peluang kepada peserta mengikuti sebahagian pengajian di Malaysia dan sebahagian lagi di Makkah Al-Mukarramah.
Struktur Pelaksanaan
Fasa 1 – Malaysia
Pelajar akan mengikuti pengajian di Malaysia bagi semua modul yang ditawarkan.
Struktur Pelaksanaan 6 hari pembelajaran di Malaysia dan Setiap modul dilaksanakan selama 6 jam.Jumlah keseluruhan pembelajaran: 42 jam
Setelah tamat pengajian modul,projek akademik dan ujian akhir ( 60 jam ) peserta akan mengikuti :
Fasa 2 – Makkah Al-Mukarramah
Pengajian Lanjutan di Makkah Al-Mukarramah
Peserta berpeluang mengikuti program akademik lanjutan di Makkah Al-Mukarramah yang memberi pengalaman pembelajaran dalam suasana ilmu di bumi Haramain.Dikendalikan oleh tenaga pengajar dan pentashih yang berkaitan dengan program Al-Quran Makkah Al-Mukarramah.
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan:
- Halaqah Al-Quran
- Talaqqi dan Musyafahah
- Pengajian Tafsir Al-Quran
- Pengajian Ulum Al-Quran
- Lawatan Akademik
- Aktiviti Kerohanian dan Kepimpinan
- Ibadah Umrah
- Majlis Graduasi di Makkah AlMukarramah
Yuran
| JENIS | HARI / MALAM | YURAN ( RM ) BILIK BEREMPAT ( QUAD ) |
| PLATINUM MAKKAH: MAKKAH TOWER HOTEL/ JUMEIRAH @ SETARAF ( 50- 100METER KE PINTU MASJIDILHARAM) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF ( 100M ) | 9 / 7 | 17580 |
| 12 / 10 | 19580 | |
| GOLD MAKKAH: SUNOOD AJYAD@ SETARAF ( 400M) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF ( 100M ) | 9 / 7 | 15280 |
| 12 / 10 | 16280 | |
| SILVER MAKKAH: SARAYA ALJIWAR ATAU SETARAF 2KM( BAS 24JAM) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF ( 100M ) | 9 / 7 | 13380 |
| 12 / 10 | 14380 |
Nota :
- Penginapan boleh diubah mengikut permintaan mengikut bajet.( grup khas minimum 15 orang ).
- Tarikh akan ditentukan mengikut kesesuaian.
- Jadual yuran diatas Tertakluk pada perubahan.
| Termasuk | percuma |
| Tiket penerbangan ekonomi Penginapan Makan Minum Pengangkutan Urusetia Insuran Lawatan Ilmiah Praktikal | Bagasi Zam zam |
Siapa yang patut ikuti DPQS :
- Guru Al-Quran
- Guru Pendidikan Islam
- Imam dan Bilal
- Pegawai Masjid
- Pendakwah
- Pelajar IPT
- Pengusaha Pusat Tahfiz
- Pengusaha Tadika Islam
- Orang Awam yang berminat mendalami ilmu Al-Quran
Motto Program
“Menuntut Ilmu di Bumi Haramain, Membina Ummah Berteraskan Al-Quran”
KEISTIMEWAAN PROGRAM
Program Bertaraf Antarabangsa
Professional Diploma in Quranic Studies merupakan program yang dibangunkan berasaskan standard pendidikan profesional dan antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang Pengajian Al-Quran serta mampu berkhidmat kepada masyarakat dan institusi pendidikan Islam.
Program Pensijilan daripada London Examinations Board (LEB)
Peserta akan berpeluang memperoleh pensijilan profesional daripada London Examinations Board (LEB), sebuah badan pensijilan antarabangsa yang memberi nilai tambah kepada kelayakan akademik dan profesional peserta di peringkat global.
Certified by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Quality Verification Centre
Program ini melalui proses pengesahan kualiti oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Quality Verification Centre bagi memastikan kandungan program, hasil pembelajaran dan standard pelaksanaannya memenuhi keperluan pendidikan profesional semasa.
9 MQF Mikro Kredit (Micro-Credential)
Program ini menawarkan 9 MQF Mikro Kredit (Micro-Credential) yang boleh membantu peserta dalam pembangunan profesional berterusan (CPD), peningkatan kompetensi kerjaya dan laluan pendidikan sepanjang hayat.
Pengajian Minimum 6 Hari Sahaja
Direka khusus untuk golongan bekerja dan mereka yang mempunyai komitmen kerjaya, program ini boleh diselesaikan dalam tempoh minimum 6 hari pembelajaran intensif tanpa menjejaskan kualiti penyampaian ilmu.
Istimewa: Melaksanakan Ibadah Umrah Semasa Pengajian ( SEGMEN PILIHAN 2 )
Peserta yang memilih laluan pengajian di Makkah Al-Mukarramah berpeluang melaksanakan ibadah Umrah sambil mengikuti aktiviti akademik dan halaqah ilmu, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih bermakna dan berimpak tinggi.
Modul
Kandungan program merangkumi aspek teori dan praktikal yang meliputi:
- Hafazan AlQuran ( mengikut kategori pelajar )
- Tilawah AlQuran
- Ulum Al-Quran
- Tajwid
- Qiraat
- Penulisan AlQuran
Tenaga Pengajar Berpengalaman dan Bertaraf Antarabangsa
Program dikendalikan oleh tenaga akademik, pakar Al-Quran, pendidik profesional dan pengamal industri yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan Islam dan pembangunan modal insan.
Pembiayaan Bank Disediakan
Kemudahan pembiayaan pendidikan melalui institusi kewangan terpilih disediakan bagi membantu peserta mengikuti program dengan lebih mudah dan fleksibel.
HRDF Boleh Diuruskan
Bagi organisasi dan syarikat yang layak, permohonan melalui Human Resource Development Fund (HRDF) boleh diuruskan tertakluk kepada syarat dan kelulusan semasa.
Halatuju Graduan Professional Diploma in Quranic Studies
Program ini bukan sahaja memberi pengiktirafan akademik dan profesional dalam bidang Pengajian Al-Quran, malah membuka peluang kerjaya, pendidikan lanjutan dan pembangunan profesional kepada para graduan.
1. Menjadi Tenaga Pengajar Al-Quran Profesional
Graduan berpeluang menjadi tenaga pengajar Al-Quran yang memiliki sijil dan pengiktirafan profesional dalam bidang Pengajian Al-Quran.
Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi:
- Guru Al-Quran di pusat pengajian Al-Quran dan tahfiz
- Guru Tajwid dan Tilawah Al-Quran
- Tenaga Pengajar Kelas Al-Quran Dewasa
- Guru Mengaji Persendirian
- Penyelia Program Al-Quran dan Tahfiz
- Fasilitator Program Pendidikan Islam
- Pegawai Dakwah dan Pembangunan Ummah
Dengan kelayakan ini, graduan mempunyai asas ilmu yang kukuh dalam bidang Al-Quran, Tajwid, Tafsir dan Ulum Al-Quran untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat berteraskan Al-Quran.
2. Menjadi Guru Pra Tahfiz Profesional
Graduan yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak boleh melanjutkan pengajian ke peringkat:
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanakselepas menamatkan Professional Diploma in Quranic Studies.Gabungan kedua-dua kelayakan ini akan melengkapkan graduan dengan:
- Kemahiran pendidikan awal kanak-kanak
- Kemahiran pengajaran Al-Quran kepada kanak-kanak
- Pengurusan kelas dan perkembangan kanak-kanak
- Kaedah pengajaran Pra Tahfiz yang sistematik
| Peluang Kerjaya | Guru Pra TahfizGuru Tadika IslamGuru TASKA IslamikPengusaha Pra TahfizPengusaha Tadika IslamPenyelia Program Pendidikan Al-Quran Kanak-KanakPerunding Kurikulum Pra Tahfiz |
3. Laluan Pendidikan Lanjutan
Graduan juga boleh meneruskan pengajian dalam bidang berkaitan seperti:
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Diploma Tahfiz Al-Quran
- Diploma Pendidikan Islam
- Diploma Pengajian Syariah
- Program Profesional Pendidikan Al-Quran
- Program Micro-Credential dan Pendidikan Sepanjang Hayat
Visi Graduan
“Melahirkan pendidik Al-Quran profesional yang berilmu, berakhlak dan berkemahiran bagi membangunkan generasi Al-Quran di Malaysia dan peringkat antarabangsa.”


DAFTAR
PILIHAN 1
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
TERBUKA | TIADA | – | 7480.00 | 15 | Pilih |
PILIHAN 2
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
| TBA 9 HARI 7 MALAM | PLATINUM MAKKAH: MAKKAH TOWER HOTEL/ JUMEIRAH @ SETARAF ( 50- 100METER KE PINTU MASJIDILHARAM) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF (100M ) | 4 Orang Quad | 17580 Tambahan harga untuk bilik bertiga dan berdua | 30 | Pilih |
PILIHAN 1 ( PENGAJIAN DI MALAYSIA )
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
| OGOS 2026 | TIADA | – | 7480 | 15 | Pilih |
PILIHAN 2 ( PENGAJIAN DI MALAYSIA & MAKKAH AL MUKARRAMAH )
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
| TBA 12 HARI 10 MALAM | PLATINUM MAKKAH: MAKKAH TOWER HOTEL/ JUMEIRAH @ SETARAF ( 50- 100METER KE PINTU MASJIDILHARAM) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF (100M ) | 4 Orang Quad | 19580 Tambahan harga untuk bilik bertiga dan berdua | 30 | Pilih |
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
| TBA 9 HARI 7 MALAM | GOLD MAKKAH: SUNOOD AJYAD@ SETARAF ( 400M) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF ( 100M ) | 4 Orang Quad | 15280 Tambahan harga untuk bilik bertiga dan berdua | 30 | Pilih |
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
| TBA 12 HARI 10 MALAM | GOLD MAKKAH: SUNOOD AJYAD@ SETARAF ( 400M) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF ( 100M ) | 4 Orang Quad | 16280 Tambahan harga untuk bilik bertiga dan berdua | 30 | Pilih |
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
| TBA 9 HARI 7 MALAM | SILVER MAKKAH: SARAYA ALJIWAR ATAU SETARAF 2KM ( BAS 24JAM) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF ( 100M ) | 4 Orang Quad | 13380 Tambahan harga untuk bilik bertiga dan berdua | 30 | Pilih |
| Tarikh | Penginapan | Bilik | Harga (RM) | Status | Pilihan |
|---|---|---|---|---|---|
| TBA 12 HARI 10 MALAM | SILVER MAKKAH: SARAYA ALJIWAR ATAU SETARAF 2KM ( BAS 24JAM) MADINAH: ARKAN ALMANAR ATAU SETARAF ( 100M ) | 4 Orang Quad | 14380 Tambahan harga untuk bilik bertiga dan berdua | 30 | Pilih |


